Thursday, April 18, 2013

Penangan Aladin

Perempuan.

Tiga pulak tu.

Masalah dengan perempuan, gaduh la teruk mana pun sampai rasa nak pindah rumah, nak bunuh-membunuh, rahsia peribadi tetap dok sembang kencang sesama sendiri. Bak kata Iman, awat la kita bongok sangat dulu-dulu, dah tau rahsia for sure akan pecah baik punya kalau dok share antara kita, tapi gatai nak share jugak.

Ya, setiap malam kami tiga beradik akan bermesyuarat di atas katil. Dengan lampu terpadam, supaya senang nak kembali ke posisi pura-pura tidur bila Ummi datang check tengah-tengah malam. 

'Awak jangan bagitau abah tau, Iman hilang pembaris kat sekolah.'
'Eee... sian awak. Uda pun. Tapi uda hilang pemadam sekali.'
'Yam, pinjam pensil please. Spot-check esok abah nak tengok. Awak tak kena.'

Maka Yam yang dalam lingkungan tujuh tahun itu dengan penuh innocentnya akan meminjamkan pembarisnya kepada Iman.

Pada suatu malam berikutnya.

'Uda suka sorang budak laki ni, Dia kelas sebelah.'
'Ooo! Iman tau. Hensem².

Ya, nampak sangat akrab di situ. Akan tetapi, kami juga akan menggunakan rahsia-rahsia yang telah diamanahkan ke atas kami ini untuk kepentingan diri.
Mungkin juga dek terpengaruh cerita Aladin- Walt Disney, - dan setiap kali ulang tayang kartun tu kami tiga beradik akan minta Ummi belikan harimau sebagai binatang peliharaan - kami nampak pelbagai kelebihan yang dapat diperoleh dalam Three Wishes tu. Esok anak aku sorang pun aku tak kasi tengok Aladin. Never.

'Yam jangan bagi tau abah!! Uda dah tak suka dia dah laaaa!'
'Nak bagitahu jugak!'
'Janganlah!'
'Ok, macam tu Yam nak tiga permintaan.'

Maka, siapa yang terperangkap terpaksalah menunaikan ketiga-tiga permintaan itu seperti mengemas bilik (sebab kami kongsi bilik), buatkan air especially air sunkist limau, basuhkan kasut dan lain-lain lagi yang kadang tu tak tercapai dek akal pun, dengan harapan rahsia-rahsia kerajaannya tak bocor sampai ke pengetahuan abah.

'Bagitau abah awak hilang pemadam.'
'Mana ada... ada je tetinggal kat sekolah!'
'Tipu Uda tahu. Bagitau abah gak.'
'Ok lah, ok lah'
'Ok nak tiga permintaan.'

Selalunya kesengsaraan orang yang terperangkap tu insyaAllah akan berakhir pada permintaan ke- 3. Sampailah pada suatu hari, Iman telah mengupgrade sistem murni Three Wishes kami ke peringkat seterusnya. 

'Permintaan ke-3 Iman ialah Iman nak lagi 3 permintaan.'

No comments:

Post a Comment