Wednesday, October 9, 2013

Tisu

Aku cerita dekat Kristina perihal Cica. Semoga dia dalam kalangan orang-orang yang beriman di sana. Sebak.

'Nak tisu please...'
'Ok, tapi satu je, sebab dia ada gambar burung hantu comel. Aku tak nak bagi dia habis.'
'Bagi je la aku tisu normal.'
'Ambik je lah!'

Tisu pun boleh gaduh...

*         *         *

Sejak aku tukar kos Architecture, dan sejak dia tinggal sebumbung dengan boyfriend dia, jarang kami dapat berjumpa pada hujung minggu. Jadi, terpaksalah kami mencuri masa berjumpa pada hari minggu, seperti hari ni, lepas habis kelas. Itu pun hampir tak jadi. Janji pukul 3.45 petang. Pukul 5 pun tak sampai-sampai. Sejuk kau tahu tahan angin Oktober ni. Lama sangat ke kak makan tengah hari dengan boyfriend? Kalau suami tak pa juga... 

'Tak yah jumpa lah hari ni... tak sempat dah kot. Aku nak basuh baju, study. Jumpa la bila-bila nanti.' nada aku hambar, sambil kerut dahi. pegang fon nak tak nak.
'Ok.'
'Ciao.'
'Ciao.'

Aku tahan rasa marah. Rasa nak menangis.
5 minit kemudian dia telefon balik.

'Aku nak jumpa kau jugak hari ni. Aku nak buat hot chocolate, beli cupcakes. Aku jumpa kau kat rumah kau.'
'Tak yah lah.'
'Aku gi rumah kau sekarang.'
'Jumpa kat Donau la. Aku kat Donau ni dari tadi.' 

Russian kalau mereka kata A, kau buat lah apa pun, tak guna, tak akan jadi B.


*      *      *

Dia datang dengan cupcakes. Hot chocolates. Kau ni Kristina, duit dah la tak da, sanggup kau kan, semata-mata nak minta maaf. Dulu, masa dia berduit, dia selalu belanja aku makan. Sekarang, dia susah, sesak. Dah lebih separuh tahun dah, kalau keluar makan, aku yang belanja dia.

Aku peluk dia kuat-kuat.

'Hari ni dekat U-Bahn (subway), aku nampak sorang perempuan ni. Muda. Tak terurus. Dia bawak luggage.'
'Pastu?' aku tanya dia, duduk atas bench kayu mengadap Donau sambil kunyah cupcakes.
'Dia menangis. Aku rasa dia lari dari rumah. Tak pun kena halau.'
'Pastu?'
'Pastu aku berhenti depan dia. Aku hulurkan tisu burung hantu aku. Pastu aku cakap Alles wird ok (Everything will be fine). Aku bla. Aku pandang belakang, Dia senyum kat aku.'
'Dia akan ingat tu sampai bila-bila. Percayalah.'

Bukan sebab tisu, tapi sebab masih ada sebilangan kecil manusia punya hati macam kau dekat bumi Eropah ni.

Tuesday, October 8, 2013

sorry and love

cara orang rusia meminta maaf adalah dengan membeli cupcakes dan membawa hot chocolates dalam thermos, minta jumpa dekat sungai donau

kalau bukan rusia pun, at least kristina...

7) Perbezaan

Beza Technische Chemie dan Architektur adalah:

selama 2 tahun belajar tech.chem, sorang pun kawan tech.chem tak pernah jejak rumah aku (inikan nak masak untuk dorang... puii...)
Kawan Architecture kenal tak sampai seminggu, dah keluar makan, usha city, masakkan untuk dorang, datang rumah, pakat nak share duit beli buku. makan malam rumah aku, etc.

selama 2 tahun belajar tech chem, aku tak kenal sorang pun senior. (mata aku memang tak boleh scan orang hidung tinggi, bajet bagus kot?)
Architecture, tak sampai seminggu, dah berapa orang senior architecture dah aku kenal.

Dan 1st time dalam hidup aku, aku tak rasa bodoh dengan orang sekeliling.  


Tak tahu badi Soviet apa Kristina bawa...
salah seorang kawan hang-out Architektur aku (yg plg rapat) mix German-Ukraine.

Friday, October 4, 2013

6) sentap utk minggu pertama

There are times when you are speechless and totally blown away that the only thing you can say is:

ALHAMDULILLAH

HE hears your heart screaming. HE always does.

Tuesday, October 1, 2013

5) Mula

Beza antara tahu dan faham
Beza antara suka dan mahu

Aku pilih faham dan mahu.

Kerana yang kedua itu memerlukan pengorbanan, bermain dengan risiko, pengukur tahap ketegasan (seriousness) kau.
Kerana yang kedua itu lebih kuat daripada yang pertama.

Bismillah