Friday, July 18, 2014

bring back our soldiers

mereka itu tidak hairan
bila mana kita jerit
mengamuk
mengecam

mereka itu tidak hairan
bila mana kita kutuk
memaki-hamun
membenci

kerna mereka sudah bersedia
kebal dengan segala itu

namun

mereka akan mula rasa hairan
resah dan gelisah
bila mana kita
dikala subuh
keluar dari teratak
membina saf-saf lurus
sejumlah bagaikan solat jumaat

kerna saat itu mereka tahu
askar-askar, perwira, penolong agama Allah
telah bangun dari tidur yang lena
menginsafi diri
tak lagi punya gentar dalam diri

Friday, July 4, 2014

penat

penat berjuang seorang diri. penat menunggu. penat memujuk diri. penat berdiri kembali. penat mengharungi. penat menukar cara pemikiran. penat berusaha. penat memperbaiki. penat mencari. penat tabah.

penat bila berseorangan.

penat.