Sunday, November 9, 2014

pindah blog

pindah blog baru... sebab yang lama sayang nak delete... sebab yang lama serabut tak mampu nak ubah

tschüss liebe blog
hallo neue blog: tulispendeksudah.blogspot.com

Monday, October 6, 2014

prague kali ke-2

mmg keluarga saja yg blh jadi ubat. x lebih 25jam jumpa ummi di prague dan settle masalah hati.

cuma bila balik semula ke vienna, baru aku sedar, semua dh lain. archi makin sukar. sokongan rakan seiring, seera, sefahaman, sependapat di vienna ni xda.

makin terasa bahawa keluarga tu segalanya
makin terasa bahawa kau sememangnya keseorangan di bumi eropah serba asing ini.

Thursday, October 2, 2014

sekali lagi, emo.

tahu x kau, aku berjaya hampir 2 bulan puasa x contact mahupun stalk kau sebaik sahaja mengetahui perihal kau yg sebenar?

tahu x kau, aku menjerit sekuat hati di dalam rumah kosong teman lelaki kristina, sebaik segala barang berjaya dipunggah keluar, dek bengang dgn situasi?

tahu x kau, aku terus mendapatkan kristina sejurus slps mendapat pesanan watsapp kau, memeluknya erat kerana bingung, tidak tahu apa yg harus dilakukan, apa yg harus ku rasa?

tahu x kau, aku rasa ini semua x adil, aku rasa bodoh dan bangang, terasa seperti diri sendiri yg mencipta ilusi, situasi yg x prnh wujud?

dan kau di sana hanya bergoyang kaki. bukan salah kau.
hanya salah aku si hawa yg senantiasa penuh dgn emosi.

Wednesday, October 1, 2014

kenapa ni...

depressssnyaaaaaaaaaaaa, ya Allah.....

keseorangan

baru 1st day, 1st lecture dah hilang semangat jiwa dan raga... Allah....

masalah manusia #2

bila kita dh x brapa nk layan segala gossip, umpatan dan kutukan mak jemah, maka kita tahu kita slow2 tlh ditendang keluar drpd circle-of-joyahness mereka.

x lama lagi ada la tu yg semangat label gua tawaduk, alim2 kucing, x layan lagho dan sebangainya. yg syok membuat andaian dan ramalan hidup gua apatah lagi. silakan...

sorri. gua x layan masalah orang. puii

traces of u

bnyk betul la jasa si kristina ni mempengaruhi genre musik gua... hadui lah...

segala r&b, balada, hip hop, rap semua dh x brapa nk layan

bertukar kpd alternative skrg.

Sunday, September 14, 2014

Wedding Aqmal

Wedding Aqmal n Arina adalah antara few weddings yang bilamana aku masuk di dalamnya, terasa keberkatan dan kesabaran kedua-dua pengantin. Gituuu jah~ sangat2 happy utk korg! Kak biha turut berpendapat yg sama. U guys will go really far n excell together, inSyaAllah. Respect korg! May Allah bless u guys till Jannah!

Friday, September 12, 2014

masalah manusia #1

dia ni baru blaja word 'fucking' ke hapa, habis semua tweet nak boh 'fkn'... igt swear tu cool sgt? sumpah tak cool wei.

Tuesday, September 9, 2014

yuna-lelaki

acoustic yuna-lelaki dlm saluran YouTube FlyFM ni sgt gua suka.
prnh dgr lagu ni dulu tp skrg br appreciate genre2 macam ni.

Saturday, September 6, 2014

start

projek contengmitherz ni kena on jugak... lama dah plan.

Wednesday, September 3, 2014

urut

selain menternak badan, gua juga memegang jawatan ajk tukang urut. ummi, abah, jeddah, yam habis semua gua urut.

moga Allah redha

Monday, September 1, 2014

tabik jurutera

antara yg plg bnyk mengajar aku di bumi eropah ialah Khaulah

syera, diana, intan, fil dan farah

through their actions.

tiba

sth knocked out my heart
saying that
whatever i learned
all these while
would be nothing
if i dont put it to practice

u could claim u understand it
a thousand times
but as long as u dont do it
u actually dont quite get it

cukuplah dengan bercakap lebat, huda.
dah tiba masanya

Thursday, August 28, 2014

lily allen - hard out here, fuck u

lily allen ni walaupun lirik2 dia sgtlah vulgar tp bnyk benda betul di dalamnya.

Monday, August 25, 2014

lakonan semata

tudia dpt lg berita terkini utk hari ini. gila...

sorang-sorang bukak topeng. agaknya kita dah masuk era di mana real man adalah sesuatu yg sgt rare. hmmm...

matsaleh dan bm

kalau aku dengaq ada matsaleh tu fluent gila cakap melayu, aku senyum ja dan appreciate effort dia.

TAPI

tak da la sampai dok puji memanjang, dok angkat darjat dia, lambung dia dan lain-lain kejadian.

hampa pi blajaq jerman sat, n try to speak to the germans n austrians. muka still sama macam putin b4 n after the conversation.

ken u imejin...

bayangkan kalau SETIAP kaum dan ethnik di malaysia ni FAHAM dan berjaya dibentuk menjadi muslim...

maka dunia musuh akan berada dlm ketakutan, sbb ketika itu negara kita berjaya pegang bahasa, sejarah, kreativiti, strategi dlm perang dan ekonomi, dan sains sosial. kerana kita yang majmuk.

time tu senang gila nak hantar perisik ke apa ke, sbb setiap kaum ada bahasa dan kepakarannya yg tersendiri.

sbb tu sng dibuli dr dulu

malaysia lebih memilih utk menangis, meratap dan berkabung daripada bangkit dan menuntut pembelaan.

menangis itu boleh, tapi biarlah menangis dalam berperang, dalam bersatu berlawan dengan musuh.

bila maruah kita tercalar, bukan mengenang nasib dijadikan solusi. bangkit menuntut bela, menegakkan maruah.

Sunday, August 24, 2014

hai lah badan...

ni yg malas dgn otak lambat respon ni. cerita 3 hari lps baru hari ni nk start sedih. hadui lah...

forever lampi.

berhenti sejenak

setiap insan punya cerita tersendiri.

detox

rupanya detoxing ni boleh tahan sakitnya.

1st time rasa in control of own body. mata dh x mencari, jari dh x menaip, otak dh which off stalking mood.

patut la org kata hati ni raja anggota badan.

Saturday, August 23, 2014

penyakit keturunan

kepada mereka-mereka yang tidak mengidap migrain dan resdung, anda patut sujud syukur sekarang.

makin menjadi-jadi sakit ni, ya Allaaaah

nikmat

2 tahun punya seksa dah hilang. doa gua dah termakbul rupanya. alhamdulillah...

Friday, August 22, 2014

face it

maka hari ini aku belajar satu benda, x kiralah kau berdoa 2, 3 walau 10 tahun sekali pun. kalau kau tak berusaha mencari jawapan, kau x kan tahu.

kau telah berjaya break the wall.

tunang orang kauuu

jangan dikacau tunang oraaaaang... haha... ya Allah, masih rasa serba salah. sumpah aku xtau ni. ampun ampun ampun.

nasib baik ada budak bekas negara soviet keluarkan info. trimas.

kali ni sumpah gua blh move on, alhamdulillah

kau dh ada ke weeeeiiiii ya Allah.... kalau aku tahu xda aku kacau kau wei.... mintak hampon maaf hujung rambut smpi hujung kaki! kan aku dah rs serba salah ni hadui lah ya Allah.

aku doa moga korang berkekalan dunia akhirat. mohon hantar kad kahwin ke vienna pls!

musim menanya soalan itu

miho ni ada dekat lebih 10 kali bunting ni... kak long dia boypren pon tadak. fine.

berkabung

bagi aku x ada istilah 'ter'salah tembak, 'ter'hempas, 'ter'hilang, dan sebagainya. devils do plan. But they often forget, Allah is the Best Planner.

ada ja antara kita yg memerhati, mengkaji, menganalisa. Anak panah klu nak tembak kena berundur ke belakang dahulu. To get the best shot.

anugerah

hari ini aku berkenalan dgn seorang lg budak autism. betapa kau berjaya menyentuh hati aku kaw-kaw punya dlm sekelip mata. tariklah aku masuk ke dalam Jannah nanti... please...

serupa x payah bayaq tol lebuhraya

perjalanan gopeng-kajang sambil menahan nak buang air kecil bukan lagi boleh dikategorikan sbg suatu penyeksaan.

ini sumpah azab woi!

amende KL jam teruk nokharom kete x gerak2 dh mcm parmenant parking ni laaaa

Thursday, August 21, 2014

vangang sgt

kadang aku rasa nk nangis sbb confuse tahap vangang punya.

.

if there is one thing Vienna ever taught me, that is

to never rely on anyone else except Allah. Do it yourself.

to be able to be lanyak-ed thousand times n still able to kesat ayaq mata, get up n carry on.

hang hidup sorg ja dlm dunia ni sebenaqnya.

Moga kau tabah, wahai adik.

time bersalaman dgn budak2 Raudatus Sakinah, Syera peluk kuat sorg budak ni sambil berkata: semoga berjaya dunia akhirat inSyaAllah.

aku nmpk air mata budak tu bergenang. muka dia tahan sebak, mampu mengangguk sahaja. bila aku duduk kembali di atas lantai, baru aku perasan sesuatu.

Dia bunting.

Tak boleh bayangkan perasaan dia, apatah lg meletakkan diri dlm situasi dia.

Semua orang buat salah. semua orang Allah uji ikut cara yang tersendiri. Tapi aku mintak dijauhkan sejauh-jauhnya drpd diajar oleh Allah dgn cara tu.

Cukuplah aku hampir-hampir terkandas di Vienna. Dah mampu buatkan aku buka mata. Mampu buatkan aku menggeletar seluruh tubuh. Sungguh Allah masih sayangkan aku.

lesson #1 - elegance

kristina pernah kata penampilan tu hampir segalanya.

the level of your confidence somehow does correlate with your body figure, your health and your sense of fashion.
there are way too many girls out there with outstanding personality accompanied with great taste of elegance.

aku x sangkal. malah mengiyakannya.

want #3

aku nak
bila dah kahwin nanti, masalah yg kami berdua akan hadapi bukanlah masalah kecil-kecil antara kami berdua, seperti cemburu, kecil hati, tersalah cakap, etc. dan bukan juga masalah yang besar-besar, seperti tak mau bagi duit nafkah, tak sefahaman, pukul, dera, masalah agama, etc.

aku nak
the problem that we both have to face would be from the outside, n that we both r strong enough to support n help each other to face them. Because I believe, only then would you truly trust your spouse.

I can't tolerate any problems WITHIN the relationship. To me that is pure bullshit.

I want guys with balls. bukan yang jenis pengecut dan hanya risaukan penampilan diri. 

the definition of bebas

bebas
aku naik bas
tiba-tiba terbabas
masuk wad doblas


kita ingat kita dah bebas. rupanya-rupanya makin terikat

R.I.P.

moga syurga buat kau di sana. He loves you more. Dia nak jadikan kau menyambut keluarga kau di pintu syurga nanti.

Wednesday, August 20, 2014

reminder

"never compare your journey with someone else. Your journey is your journey, not a competition."

respect

my respect to Suhaib Webb for his past, present and future.

may Allah bless him n his family and grant 'em Jannah.

Tuesday, August 19, 2014

blue-one love

" it's kind of funny how life can change. can slip 180 in a matter of days"

con.fuse

kadang-kadang bukan strategi yang kau persoalkan. sbb dia jadi baik punya mcm yg kau plan.

tapi hati kau persoalkan: ini ke yg kau mau?

The Sifu

kalau diberi pilihan antara tidur dan tanggungjawab, aku AKAN pilih tidur.

tapi Allah ajar kita pilih tanggungjawab

bangun awal

tahukah anda, warga-warga raudatus sakinah bangun seawal 3 pagi SETIAP hari untuk menyuci hati?

gila malu baq hang... i is so malu...

Sunday, August 17, 2014

bukan kau ke mksdnya ni?

ni serius dh masuk kali ke-2 nk mintak tlg sahabat dia pasai tajuk confession, n kali ke-2 jugaklah sahabat dia punya fon masalah x masuk watsapp... gila.

klu kali-3 pn x jadi gak, xtau nk kata apa... turn on the mobile data faka. no faka.

my heart is for 'em kids

kids.

dulu selalu impikam dpt jd volunteer down-syndrome
dulu selalu impikan nak buat part-time cikgu tadika

kids, they r different.

y dia dtg lg ni.. hadoii

patut ke pergi sekolah lama utk join expo-career tu?

x kot... sbb dh x larat terima fail buat kali ke-4, 5, 6, 7 ntah brapa dah... malu hg tau dak.

daaaah dia dtg balik... argh

org dulu-dulu kata kadang kalau kuat sgt perasaan teringat kat seseorg tu, tu sbb dia pn tgh teringat kat kita.

org dulu-dulu ni suka bagi harapan palsu...

Friday, August 15, 2014

that once-a-month kinda stuff

i promise u period pain is a one hell painfull suffer....  can somebody just please grab a hammer, swing it hard n break my lower back in two? that'll be a lot easier...

Thursday, August 14, 2014

want # 2

i want that regardless of the children's age, we would sit together tak kisah around the table, on the floor or on the bed, we would each a month discuss in a very cute, cool n efficient way about our expenses. So that everybody know where the family is heading. Why we can and cannot buy this n that.

and most importantly, how much we can give to the needy :)

want # 1

i want to give my children priority time. when to play with gadgets, when to go out swimming in the mud, when to all together get soaked wet from washing our cars together, when to cook n bake n get all white with flour, when to solat jemaah, when to get all conteng2 with magic colours and...

when to do some team-work kerjakan my dear hubby. We gonna make good team :)

Wednesday, August 13, 2014

magic! - rude

"can i have ur daughter for the rest of my life? say yes, say yes..."

abah, masa tu nanti, phleaseee say yes!

Tuesday, August 12, 2014

sayang kau, kristina

an almost an hour talk by phone. beza 6jam. malaysia-austria.

Deutschland ni satu-satu dia amik drpd aku. member MARA, tarbiyyah, semangat, etc.. n now, Kristina pn dia nak amik. May Bremen be a great start for u n Stefan.

Sunday, August 10, 2014

geduld

be the best to your parents. especially bila mereka dah tua.

sbb time tu segala hormon dah tunggang-langgang, melenting x tentu pasal, betul dikatakan salah, salah dikatakan betul.

maka, masa tu lah kau nak kaut segala pahala untuk berlapang dada. moga Allah redha...

Saturday, August 9, 2014

junkies

it turned out that 2014 is all about how to deal with junkies n shits beziehungsweise how to control yourself (from killing them)

1. VISA MA35
- segala macam cara aku counter-attack. fon, email, jumpa personally, semua. selamba aku 4 bln merempat dlm austria tanpa visa. marah nokharom aku fire cukup2 pegawai kerajaan dia smpi last2 depa kata jugak: "Entschuldigung. Es tut mir leid." tahu pun kau salah

2. MEMBER ARCHI TIKAM BELAKANG
- seorang turki. seorang ukrain. seorang lagi afghanistan. lain masa. lain keadaan. dua-dua sama jahat. sama busuk. sama putaq belit cerita. yang pasti Allah ajar aku cara handle org ex-soviet ni like a boss. turn out depa ni dalaman xda la kuat mana pon.

3. HOUSEMATE
- budak plg pengotoq luaq dan dalam aku prnh jumpa. LUAQ, sebab kebersihan tara bawah para zero. selama dia dok dgn aku, xprnh ak tgk dia basuh cadar dia (a.k.a cadar ak yg dipinjamkan) plus red-friend-each-month dia kering atas cadar tersebut. sinki aku kotoq hang curah kari kering x reti basuh. juga penyebab sinki aku tersumbat. xreti cuci pinggan. tandas x prnh nk sental. semua ak buat. x prnh vaccuum rumah. hang ni harap pndi nak bergaya (wlpn still x lawa) ja. DALAM, sbb kaki putaq belit. sanggup buat cerita sampai babitkan aku sbg punca crush dia x balas chenta dia. ni mmg manusia budus dok ghumah aku bayaq ciput x reti bersyukur.
- maka 1st time dlm hidup aku, aku halau org keluar dr rumah aku. settle masalah

4. DUA ORANG PROF YANG RACIST
- kedua-duanya telah berjaya gua fire. hampa ingat aku mai austria ni jd pemintak sedekah ke hapa? visa mahai aku bayaq. bahasa jerman jenuh aku blajaq. nah, apa perasaan hangpa lepaih kena bagi dgn aku? kencing seluaq la hampa.

5. sambung nnt la klu ingat lagi...

I feel you, Bro...

"Just so everyone is clear, I don't trust any political party in Malaysia. I only trust a handful of remarkable people within those parties ja."

"Different people, same bullshit."

-Anwar Hadi-


kahwin jom wei? kbai.

perihal jihah

moga kejayaan besar buat najihah rashid. hang dgn nak kawin thn dpn, dgn kerja master 60% dh nk siap, tetiba kena repeat kerja from zero. teloq ayam. submission kurang sebulan. gila.

hang dah tlg ramai gila org. aku nmpk keikhlasan hang since 1st time kenai hang.  klu x kita x kawan lama wei. lu buka jenis berkira. n bnyk dah keajaiban hang buat semasa menolong org yg berjaya buat aku ternganga patah rahang. gila terer hang psiko org.

oleh itu, mustahil Allah x hantaq pertolongan kat hang. klu ak kat austria skrg aku pi dh kat hang tlg mana mampu.

all the best kak long kawasan! gua caya sama lu

tolong ummi n abah

apabila hang hanya 3 beradik dan kesemuanya perempuan. maka kerja-kerja pembersihan rumah untuk kaum adam pun hangpa terpaksa lakukan.

tapi kami tetap enjoy :)

suami-suami kami nanti patut bersyukur sbb kami xkan banyak komplen. buat saja...

Friday, August 8, 2014

biggest respect

teringat dua tahun lps prnh berdoa dgn penuh harapan nak jadi menantu Tariq Ramadan. like seriously...

moving on

makin lama makin jauh. alhamdulillah.
jangan dilayan benda yang tak pasti.

Thursday, August 7, 2014

masalah bila di-friendzone-kan

cepatlah kahwin woi! kata x lama lagi, apa la..

aku nak move on ni.
dah lebih setahun setengah x berjaya-berjaya nak move on.
lain kali jgn dtg visit Vienna doe, aku yg parah. kau lex ja haduiiilah

penat kau tahu. penat. hahaaaaa

msg masuk

gila parah tahap halusinasi aku.
tiap kali msg watsapp masuk, aku berharap ianya dtg drpd dia.

gila cemana kau nak move on jah?

abnehmen!

tlg la kali ni diet, workout n loose weight berhasil.. toloooooonglah...!

dah veranak nnt br kau tahu azab x loose weight dr skrg

post-ramadhan resolution

1. ma'thurat
2. al-mulk
3. abstaining from stalking
4. 20kg less
5. money management
6. time management

though u doubt the last two points... but it wont hurt a try eh ;)

Wednesday, August 6, 2014

bangun. ohayou gozaimasu!

kata nak jadi penolong Dia?
kata nak berbaiah menginfaki diri?
kata nak berjasa?

maka laluilah 'training camp' yang disediakan Dia ni.
untuk mengasah segala apa yg ada dalam diri.

kuatkan diri tabahkan hati x mengapa hanya segelintir yang memahami :)

telan

tak ramai faham perasaan
apabila

majoriti rakan sebaya kau
dah masuk final year
dah grad
dah kahwin
dah ada anak
dah practical
dah bekerja
dah sambung Master

dan kau baru habis 1st year kembali.
itu pun ada lagi 7 paper tertunggak.
satu sem kau kena ambil at least 10 paper.

Tuesday, August 5, 2014

cuak

takutnya nk balik vienna...
risau

help?

fahami sejarah

pemimpin negara islam semua dah ditindik hidung-hidungnya
luar nampak saja berkuasa
namun hakikatnya
harta dan keperluan mereka diikat dalam satu rantai
ditarik oleh si pengembala lembu
dan lembu-lembu terpaksa memilih
akur dengan si pengembala
atau
disebat dipunggung
dan tidak diberi makanan

kamu semua telah dibeli.

Monday, August 4, 2014

cukup la malu smpi sini

doa that i repeatedly utter
n today the very same doa on plane

kalau ya, maka kuatkan n make it clear
kalau bukan, maka jauhkan dan buang ia.

tak larat dah nak tanggung rasa malu dan murah. lepaskanlah. trust Him. tak perlu dah dikejar. pandanglah cermin tu, wahai sang diri...

moga yg baik buat kau

truth is I admire your courage
truth is I look up to your thirst for knowledge
truth is I am jealous of your strength
truth is I respect your outstanding character
truth is I know you will rise among us
truth is not many are like you. in fact too little
truth is I like you

and you know it.

balas la sangat... puii

ask me if i care
no, i dont care

you
especially you

ciao

Sunday, August 3, 2014

...

ya Allah...
penatnya aku tgk Gaza menderita...
penat woi
penat gila
muntah.

terpaku
tak mampu berbicara bersuara

berhenti

dengar sini aku nak kata,
seksa aku kau tak tahu,
seksa kau aku tak tahu,
maka aku khabarkan perihal seksaku.

aku rasa malu,
gila,
keliru,
bodoh
dan murah.

dan bila ku fikirkan kembali kenapa, aku jadi buntu.

bodohnya aku. murahnya aku. mengejar kau.
kenapa kau?

tak faham...

kebajetan

kau nak tunjuk apa sebenarnya ni?
sumpah aku tak kagum dengan kau.
kau fikir kau cool.
dengar ni aku nak kata,
sumpah kau tak cool.

agaknya kau ni dahulu kala sewaktu menuntut di sana jadi rebutan.
maka kau terbawa-bawa kebajetan kau tu ke tanah air.
kesiannya...

meh sini aku nak bagi tau kau sesuatu,
meh sini dekat lagi,

'BOOOOO...!'

Friday, July 18, 2014

bring back our soldiers

mereka itu tidak hairan
bila mana kita jerit
mengamuk
mengecam

mereka itu tidak hairan
bila mana kita kutuk
memaki-hamun
membenci

kerna mereka sudah bersedia
kebal dengan segala itu

namun

mereka akan mula rasa hairan
resah dan gelisah
bila mana kita
dikala subuh
keluar dari teratak
membina saf-saf lurus
sejumlah bagaikan solat jumaat

kerna saat itu mereka tahu
askar-askar, perwira, penolong agama Allah
telah bangun dari tidur yang lena
menginsafi diri
tak lagi punya gentar dalam diri

Friday, July 4, 2014

penat

penat berjuang seorang diri. penat menunggu. penat memujuk diri. penat berdiri kembali. penat mengharungi. penat menukar cara pemikiran. penat berusaha. penat memperbaiki. penat mencari. penat tabah.

penat bila berseorangan.

penat.

Friday, June 27, 2014

alasan semata

kau perhati mereka semua.
pelbagai macam
pelbagai ragam
pelbagai rupa
sehingga kau penat menahan
mual
muntah
murah
dosa.

alangkah buruknya kalian
luar dan dalam.

tidak malukah kalian
dengan mulut yang busuk?

mencaci
memaki
menghina
mengumpat
mencerca
'menganalisa' kehidupan orang lain
yang tiada kaitan dengan diri kalian

dan kalian berkata
siapalah kami hanya orang kerdil menggunung dosa.

sedang kalian lupa,
kalian punya kuasa untuk ubah segala. 

Friday, May 30, 2014

schäm dich

manchmal bist du einfach sprachlos. Du wünschst es dir, all die ganze Sachen zu haben. Die Welt sogar.
Dann dachtest du für eine Sekunde nach, du wusstest es gar nicht, was du in diesem Leben wirklich wolltest.
Dann ist dir eingefallen, wie gierig du einfach bist. Wie egoistisch.

Du hast ein Leben. Ein Körper, das super funktioniert. Was willst du noch?

berhenti mengadu

kenapa perlu tunggu hujan reda, sedangkan menari dalam hujan itu juga satu nikmat?

kristina's fav character

"what if someone someone can heal as fast as they're ripped apart?"
-wolverine-

Thursday, May 29, 2014

berserah diri

kau
alasan semata yang keluar dari mulutmu
kau
berhentilah memalukan dirimu
kau
cuba bina jati dirimu dahulu

dan dia
akan datang dari tangan Sang Pencipta

samada dari tanganmu atau dari tanganNya

itu pilihanmu semata
tiada yang memaksa.

dan aku
aku pilih dari tanganNya

ein ewiges tschüss

Du da in Jordanien. Ich mag dich nicht mehr. Tschüss. Punkt.

Wednesday, May 21, 2014

Dummheit

Lieber Freund,

wieso tauchst du wieder in meinem Leben auf? Das verstehe ich nicht. Einmal war es komplett klar und deutlich, dass du nie wieder in meinem Leben vorkommst. Jetzt sieht es so aus, als wäre du vor meiner Tür stehen würdest... und ich die ganze zeit die Tür aufmachen, um nur zu sehen, dass es da tatsächlich niemand auf der anderen Seite steht.

Egal wie oft ich die Tür aufmache, bist du nicht da. Verstehst du Täuschung? Verstehst du Erwartung?

Und ich weiß, dass ich nicht das einzige Mädchen, das an sowas leidet. Ich bin nicht die erste. Was ich aber nicht nachvollziehen kann, ist das, dass ich zum zweiten Mal von demselben Messer mich verletzen lasse. Wie dumm!

Tschüss, lieber Freund. Ein ewiges Tschüss.

realiti

aku lari
jauh-jauh... sampai ke tepi sana
aku jenguk
jauh-jauh... ke bawah sana
aku jerit
jauh-jauh... suaraku ke bawah sana.

ku dengar sahutan kembali dari bawah
ada yang menyahut!
ada yang menunggu!
di bawah sana.
aku datang!

ku ke belakang,
ke garisan, sedia, mula!

ku lari lari lari
sampai ke tepi sana
ku lompat
terjun terjun terjun
ke bawah sana

dan dipertengahan
baru ku sedar
tiada yang menunggu di bawah sana
tiada yang menyahut di bawah sana

kau dipermainkan
dengan lantunan suaramu sendiri
ilusimu semata.

sebak

loosing my pace n no damn motivation left.

body in reality. mind n soul elsewhere.

Friday, May 9, 2014

Arah tujuan.

ada satu analogi favourite aku dan kristina yg kami dpt dlm muvi. lama dh ni, tp still jd favourite kami. Ianya berbunyi begini:

Ada sebuah kampung, famous dgn pokok-pokok kelapanya. Isi kelapa-kelapanya lazat. Air kelapanya manis-manis. Sehingga pokok-pokok kelapa mereka menjadi income utama kampung ini.

Dijadikan cerita, kampung ini dilanda masalah tikua yang sangat dasyat. Tikus-tikus ini obses tahap dewa dengan kelapa-kelapa kampung ini. Tikus banyak dah dibunuh sehingga kampung mula berbau busuk, namun tikus tetap makin banyak. Segala cara dan usaha telah dicuba untuk tangani masalah tikus ni tapi tetap tak berhasil. Sehinggalah...

Seorang nenek dari penjuru kampung datang dengan sebuah buah fikiran.
"Tebang ke semua pokok kelapa."
"Mana boleh! habislah pokok-pokok kelapa kami! Ini pendapatan utama kampung ni"
"Tebang kesemuanya dan ikut arahan aku yang seterusnya."

Pokok-pokok kelapa ditebang kesemuanya. Nenek mengarahkan agar pokok-pokok kelapa beserta kesemua buah kelapa ditempatkan di sebuah pulau berdekatan. Jambatan di bina agar tikus2 sampai ke pulau tersebut.
"Kita bakar terus jambatan ini. Semua tikus tak boleh kembali ke kampung kita!" ujar salah seorang penduduk kampung.
"Jangan. Biarkan sahaja jambatan itu." larang nenek itu.

Sedikit demi sedikit tikus-tikus mula berhijrah ke pulau yang penuh dengan longgokan pokok-pokok kelapa dan buah-buah kelapa tu. Sebuah syurga buat tikus-tikus itu. Sehingga akhirnya tiada lagi tikus di kampung itu.

"Ayuh dibakar jambatan itu!"
"Jangan. Biarkan sahaja jambatan itu."

Berbulan-bulan tikus-tikus itu di pulau tersebut. Syurga buat mereka. Kesemuanya menjadi malas, gemuk, obes dek kelapa yg memenuhi pulau.

Makin lama jumlah kelapa makin berkurangan. Sehinggalah tiada lagi pokok kelapa mahupun buah kelapa di pulau tersebut. Tikus-tikus pula semakin gemuk sehingga tak mampu untuk bergerak jauh. Gemuk dan lapar.

Disebabkan ketiadaan pokok kelapa dan kelaparan, tikus-tikus mula bunuh-menbunuh memakan sesama sendiri. Sehinggalah tinggal dua ekor tikus sahaja di pulau itu, terkuat di antara tikus-tikus yang lain. Yang lain sudah dibunuh dimakan oleh mereka.

Kedua-dua tikus itu mula bergaduhan. Yang seekor ingin memakan seekor yang lain. Salah seekor daripada tikus itu mula melarikan diri. Ia ternampak akan jambatan yang menghubungkan pulau dan kampung, terus ia berlari ke arah jambatan itu.

Ssmentara di kampung pula, usaha berbulan-bulana malahan bertahun telah membuahkan hasil. Mereka hidup seperti biasa dengan hasil pokok-pokok kelapa mereka.

"Nenek!! Ada dua ekor tikus dari pulau sedang berlari-lari di jambatan mengarah ke kampung ni!"
"Biarkan sahaja mereka ke mari."

Kedua-dua tikus itu berkejaran memasuki kampung. Yang seekor mengejar seekor yg lain. Kedua-duanya melewati segala pokok kelapa di kampung. Penduduk kampung mulai hairan, tikus-tikus itu tidak berhenti walau di sebatang pokok kelapa mereka pun.
"Biarkan kedua-dua tikua itu. Mereka takkan ganggu pokok-pokok kelapa kalian. Mata mereka tidak lagi melihat pokok-pokok kelapa kalian seperti dahulu. Sifat mereka sudah berubah."

Monday, March 10, 2014

terhempas

MH 370 hilang tanpa berita 3 hari lepas,
Kuala Lumpur-Beijing,
rekod terakhir di vietnam
tak tahu terhempas ka, meletup ka,
Hampir 300 penumpang

Dan Ummi dan abah sepatutnya berada dalam kalangan penumpang-penumpang tu,
Allah sayangkan kami.
Alhamdulillah

syukur

Tiga perkara yang buat aku bersyukur dan boleh survive Vienna:
1. Kristina
2. Keluarga Kak Fit
3. Architecture

apa yang penting?

Kadang tu penat sgt, complicated sgt, panjang sgt sampai malas nak terangkan satu-satu... walau dalam alam maya sekali pun.

Update masalah kat sorang cukup la kot. Penat sgt dah ni...

Thursday, February 20, 2014