Friday, May 9, 2014

Arah tujuan.

ada satu analogi favourite aku dan kristina yg kami dpt dlm muvi. lama dh ni, tp still jd favourite kami. Ianya berbunyi begini:

Ada sebuah kampung, famous dgn pokok-pokok kelapanya. Isi kelapa-kelapanya lazat. Air kelapanya manis-manis. Sehingga pokok-pokok kelapa mereka menjadi income utama kampung ini.

Dijadikan cerita, kampung ini dilanda masalah tikua yang sangat dasyat. Tikus-tikus ini obses tahap dewa dengan kelapa-kelapa kampung ini. Tikus banyak dah dibunuh sehingga kampung mula berbau busuk, namun tikus tetap makin banyak. Segala cara dan usaha telah dicuba untuk tangani masalah tikus ni tapi tetap tak berhasil. Sehinggalah...

Seorang nenek dari penjuru kampung datang dengan sebuah buah fikiran.
"Tebang ke semua pokok kelapa."
"Mana boleh! habislah pokok-pokok kelapa kami! Ini pendapatan utama kampung ni"
"Tebang kesemuanya dan ikut arahan aku yang seterusnya."

Pokok-pokok kelapa ditebang kesemuanya. Nenek mengarahkan agar pokok-pokok kelapa beserta kesemua buah kelapa ditempatkan di sebuah pulau berdekatan. Jambatan di bina agar tikus2 sampai ke pulau tersebut.
"Kita bakar terus jambatan ini. Semua tikus tak boleh kembali ke kampung kita!" ujar salah seorang penduduk kampung.
"Jangan. Biarkan sahaja jambatan itu." larang nenek itu.

Sedikit demi sedikit tikus-tikus mula berhijrah ke pulau yang penuh dengan longgokan pokok-pokok kelapa dan buah-buah kelapa tu. Sebuah syurga buat tikus-tikus itu. Sehingga akhirnya tiada lagi tikus di kampung itu.

"Ayuh dibakar jambatan itu!"
"Jangan. Biarkan sahaja jambatan itu."

Berbulan-bulan tikus-tikus itu di pulau tersebut. Syurga buat mereka. Kesemuanya menjadi malas, gemuk, obes dek kelapa yg memenuhi pulau.

Makin lama jumlah kelapa makin berkurangan. Sehinggalah tiada lagi pokok kelapa mahupun buah kelapa di pulau tersebut. Tikus-tikus pula semakin gemuk sehingga tak mampu untuk bergerak jauh. Gemuk dan lapar.

Disebabkan ketiadaan pokok kelapa dan kelaparan, tikus-tikus mula bunuh-menbunuh memakan sesama sendiri. Sehinggalah tinggal dua ekor tikus sahaja di pulau itu, terkuat di antara tikus-tikus yang lain. Yang lain sudah dibunuh dimakan oleh mereka.

Kedua-dua tikus itu mula bergaduhan. Yang seekor ingin memakan seekor yang lain. Salah seekor daripada tikus itu mula melarikan diri. Ia ternampak akan jambatan yang menghubungkan pulau dan kampung, terus ia berlari ke arah jambatan itu.

Ssmentara di kampung pula, usaha berbulan-bulana malahan bertahun telah membuahkan hasil. Mereka hidup seperti biasa dengan hasil pokok-pokok kelapa mereka.

"Nenek!! Ada dua ekor tikus dari pulau sedang berlari-lari di jambatan mengarah ke kampung ni!"
"Biarkan sahaja mereka ke mari."

Kedua-dua tikus itu berkejaran memasuki kampung. Yang seekor mengejar seekor yg lain. Kedua-duanya melewati segala pokok kelapa di kampung. Penduduk kampung mulai hairan, tikus-tikus itu tidak berhenti walau di sebatang pokok kelapa mereka pun.
"Biarkan kedua-dua tikua itu. Mereka takkan ganggu pokok-pokok kelapa kalian. Mata mereka tidak lagi melihat pokok-pokok kelapa kalian seperti dahulu. Sifat mereka sudah berubah."

No comments:

Post a Comment