Thursday, October 2, 2014

sekali lagi, emo.

tahu x kau, aku berjaya hampir 2 bulan puasa x contact mahupun stalk kau sebaik sahaja mengetahui perihal kau yg sebenar?

tahu x kau, aku menjerit sekuat hati di dalam rumah kosong teman lelaki kristina, sebaik segala barang berjaya dipunggah keluar, dek bengang dgn situasi?

tahu x kau, aku terus mendapatkan kristina sejurus slps mendapat pesanan watsapp kau, memeluknya erat kerana bingung, tidak tahu apa yg harus dilakukan, apa yg harus ku rasa?

tahu x kau, aku rasa ini semua x adil, aku rasa bodoh dan bangang, terasa seperti diri sendiri yg mencipta ilusi, situasi yg x prnh wujud?

dan kau di sana hanya bergoyang kaki. bukan salah kau.
hanya salah aku si hawa yg senantiasa penuh dgn emosi.

No comments:

Post a Comment