Tuesday, June 25, 2013

1) Just a glimps of it

Petang tadi selepas selesai periksa gigi, aku terus ke asrama jenguk Kristina. Jumpa dekat Spar, angkut kotak-kotak dengan dia.

Sampai di asrama, aku ke Gemeinschaftsraum (Common room), ada budak tinggalkan kerja-kerja dia atas meja besar. Aku menuju ke arah TV, almaklum jakun sebab rumah sendiri tak da TV. Kristina jenguk meja besar tu.

'Huda, budak ni amik Architecture aku rasa. Ada sketch, geometrie ni.'

Aku meluru ke arah meja tersebut. Meja tu penuh dengan kertas-kertas soalan, sketch dan buku-buku rujukan yang terbuka menanti untuk ditelaah. 'Hochbau' (structural engineering) tajuk buku tu. Sah Architecture. Tak pun civil. Aku intip kertas-kertas soalan tu. Sketches tu. Tak tahu nak rasa apa. 

Hati aku berbisik: Ya Allah, ni ke yang bakal aku hadapi?

2 comments: