Tuesday, February 12, 2013

SATU - Makmal Organik

Praaanggg! 
Dalam makmal organik. 'Säulechromatografie' Hammam pecah.
Ruang kerja Hammam jauh sikit daripada tempat aku.
Aku perasan ekspresi muka dia. Aku faham perasaan dia.
Ekspresi muka tu akan terhasil daripada perasaan kau yang: 
  1. Takut
  2. Serba tak faham apa yang kau patut buat dalam makmal disebabkan penguasaan bahasa Jerman masih lagi lemah.
  3. Kau rasa bodoh yang teramat.
  4. Kau tahu yang lain tengah pandang kau, menghukum kau. Itu hobi rakyat Austria.
  5. Kau tahu tiada siapa yang akan datang hulurkan bantuan kerana tak ada istilah 'kawan dikala duka' dalam kamus hidup mereka.
  6. Kau tak akan dapat balik deposit perkakas makmal.
  7. Panik
  8. Kau risaukan markah praktikal kau.
  9. Kau orang luar. Bukan orang Austria dan majoriti pelajar Bachelor ialah orang asal Austria. Kau orang asing.
  10. Kau beragama islam. 
  11. Kau tak tahu bila benda yang tengah kau lalui ni akan berakhir, atau paling kurang pun, bila benda ni akan jadi mudah sikit untuk kau.

Aku sendiri tak dapat nak tolong Hammam. Aku sendiri terkapai-kapai perlukan bantuan. Aku sendiri tak punya penguasaan tinggi dalam bahasa Jerman. Aku sendiri takut.
Ya.
Sangat takut.

Semalam, aku menangis masa nak prepare tugasan 'Chromatografie' ni. Aku dah Wiki, aku dah Google, aku dah tanya budak PhD pun, tapi aku masih tak boleh nak faham apa tu menatang 'Chromatografie'.

Kecut perut aku masuk makmal hari ni. Panik. Tanya orang? Ya, aku memang banyak bertanya. Aku dah tak da perasaan malu. Biar lah orang nak hukum Jerman aku kokak. Biarlah orang nak hukum aku bodoh. Aku dah tak kisah.

Walaupun sebenarnya, jauh jauh jauuuuuh di sudut hati aku, aku kisah, aku malu. Aku pun tahu malu. Aku pun manusia. Tapi aku anggap, itu cara aku turunkan ego aku. Kawal perasaan aku. Aku perlu rendahkan diri aku serendah-rendah yang mungkin. Untuk bertahan. To survive.
Dan dari situ aku kenal pasti siapa tu 'kawan' dan siapa tu 'homo-sapiens-only-and-nothing-more'. Dari situ aku boleh baca orang.

Dan aku tahu Hammam pun lalui perkara yang sama seperti aku, tapi mungkin lebih perit. Dia tak boleh berbahasa Inggeris. Dia hanya boleh bertutur dalam bahasa Arab atau Jerman. Dan Jerman dia waktu ni 10 kali lebih teruk daripada Jerman aku.

Tapi dia tabah. Aku nampak. Aku boleh baca daripada raut wajah dia. Orang Palestin memang sangat tabah. Sangat.