Wednesday, February 27, 2013

Pelik

Pelik.
Bagaimana manusia boleh mengaku dirinya menganuti, mempercayai itu ini,
tapi
tak tahu
tak mahu mengambil tahu
malu untuk tahu
dengan lebih terperinci
tentang apa yang dianuti, dipercayainya.

Pelik.
Bagaimana manusia boleh terima
idea yang bahawasanya
musik untuk semua
tak kira kau kerja apa
menelaah buku apa
tapi wajib tahu
sehingga ke akar umbi

tapi bukan agama.
hanya untuk manusia 'terpilih', hanya untuk manusia tertentu.
Bila ditanya,
oh tak tahu,
bukan bidang aku,
sedangkan itu semestinya, tanpa ragu-ragu, bidang kita,
kerana itu cara hidup kita.

bagaimana kita boleh membiarkan diri kita jadi sebegitu bodoh.
mengikut menonong
sesuatu yang menentukan
siapa kita,
cara kita berfikir,
hala tuju kita,
fahaman kita,
tapi kita tak punya pengetahuan mendalam tentangnya.

dan aku,
jika aku berpegang pada suatu prinsip,
aku nak tahu hingga ke akar umbi.
aku tak suka ikut membuta tuli,
aku nak tahu
kenapa aku suka sesuatu itu,
dan kenapa aku benci sesuatu itu.

Bodohlah aku kalau aku serahkan kepada orang lain
untuk menentukan
apa yang harus ku percaya dan
apa yang harus ku benci.

Apa guna Allah bagi aku akal?


It's amazing to see how superbly intelligent people can be in the field of science and technology, economics, politics, history, how they can think critically, how they really use their brains. 
But when it comes to religion, of what you believe, they can be as childish as anything.
swallowing everything. lepas tangan. reading only what they want to believe, what they want to hear.
Where are your brains?
Is it so shameful to take your religion seriously, critically?
How stupid of you that you can think like that.