Wednesday, March 13, 2013

Target kau bukan dunia

Analoginya
seperti
bermain bola keranjang.

Tak kisah jatuh menyembah bumi,
tak kisah bergeselan dengan lantai,
tak kisah bola datang kencang menyembam muka,
tak kisah cermin mata patah pecah berkecai,
tak kisah seluar koyak kulit berdarah,
tak kisah urat kaki tergeliat, terseliuh, berpintal.

kerana kau dah jangka semua ini akan jadi,
kerana hati dan akal mu dah bersedia
kerana kau tahu kepuasan menanti di akhir pertarungan,
dan paling penting
kerana kau tahu di mana hala tuju.

Niat kau hanya satu
bersama pasukan,
akur dengan ketua,
mengikut strategi,
memenuhi peraturan,
agar jaring itu
dapat dibolos
berkali-kali.