Thursday, August 21, 2014

Moga kau tabah, wahai adik.

time bersalaman dgn budak2 Raudatus Sakinah, Syera peluk kuat sorg budak ni sambil berkata: semoga berjaya dunia akhirat inSyaAllah.

aku nmpk air mata budak tu bergenang. muka dia tahan sebak, mampu mengangguk sahaja. bila aku duduk kembali di atas lantai, baru aku perasan sesuatu.

Dia bunting.

Tak boleh bayangkan perasaan dia, apatah lg meletakkan diri dlm situasi dia.

Semua orang buat salah. semua orang Allah uji ikut cara yang tersendiri. Tapi aku mintak dijauhkan sejauh-jauhnya drpd diajar oleh Allah dgn cara tu.

Cukuplah aku hampir-hampir terkandas di Vienna. Dah mampu buatkan aku buka mata. Mampu buatkan aku menggeletar seluruh tubuh. Sungguh Allah masih sayangkan aku.

No comments:

Post a Comment