Sunday, August 3, 2014

berhenti

dengar sini aku nak kata,
seksa aku kau tak tahu,
seksa kau aku tak tahu,
maka aku khabarkan perihal seksaku.

aku rasa malu,
gila,
keliru,
bodoh
dan murah.

dan bila ku fikirkan kembali kenapa, aku jadi buntu.

bodohnya aku. murahnya aku. mengejar kau.
kenapa kau?

tak faham...

kebajetan

kau nak tunjuk apa sebenarnya ni?
sumpah aku tak kagum dengan kau.
kau fikir kau cool.
dengar ni aku nak kata,
sumpah kau tak cool.

agaknya kau ni dahulu kala sewaktu menuntut di sana jadi rebutan.
maka kau terbawa-bawa kebajetan kau tu ke tanah air.
kesiannya...

meh sini aku nak bagi tau kau sesuatu,
meh sini dekat lagi,

'BOOOOO...!'

Friday, July 18, 2014

bring back our soldiers

mereka itu tidak hairan
bila mana kita jerit
mengamuk
mengecam

mereka itu tidak hairan
bila mana kita kutuk
memaki-hamun
membenci

kerna mereka sudah bersedia
kebal dengan segala itu

namun

mereka akan mula rasa hairan
resah dan gelisah
bila mana kita
dikala subuh
keluar dari teratak
membina saf-saf lurus
sejumlah bagaikan solat jumaat

kerna saat itu mereka tahu
askar-askar, perwira, penolong agama Allah
telah bangun dari tidur yang lena
menginsafi diri
tak lagi punya gentar dalam diri

Friday, July 4, 2014

penat

penat berjuang seorang diri. penat menunggu. penat memujuk diri. penat berdiri kembali. penat mengharungi. penat menukar cara pemikiran. penat berusaha. penat memperbaiki. penat mencari. penat tabah.

penat bila berseorangan.

penat.

Friday, June 27, 2014

alasan semata

kau perhati mereka semua.
pelbagai macam
pelbagai ragam
pelbagai rupa
sehingga kau penat menahan
mual
muntah
murah
dosa.

alangkah buruknya kalian
luar dan dalam.

tidak malukah kalian
dengan mulut yang busuk?

mencaci
memaki
menghina
mengumpat
mencerca
'menganalisa' kehidupan orang lain
yang tiada kaitan dengan diri kalian

dan kalian berkata
siapalah kami hanya orang kerdil menggunung dosa.

sedang kalian lupa,
kalian punya kuasa untuk ubah segala.